ARTIKEL

Petugas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) merakam gambar bersama-sama pasangan pengantin, Nur Saffiyah Shaffiee dan Muhammad Syarafuddin Ashmaidi di pusat pengundian SK Kampung Batu, Bintulu.

Pasangan pengantin selesai buang undi PRK DUN Jepak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Tarikh 4 November akan terpahat dalam memori pasangan Nur Saffiyah Shaffiee dan Muhammad Syarafuddin Ashmaidi ekoran tarikh tersebut bersamaan dengan hari persandingan mereka serentak hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak.

Walaupun terikat dengan majlis persandingan mereka, Nur Saffiyah, 27, tetap komited menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Tarikh ini tidak mungkin dapat kami lupakan lebih-lebih lagi pada masa hari pengundian pada masa akan datang.

“Syukur walaupun masih dalam suasana bersanding, tetapi saya dapat meluangkan masa untuk turun mengundi,” katanya ketika ditemui usai membuang undi di Sekolah Kebangsaan(SK) Kampung Baru.

Beliau berharap calon yang mendapat mandat kelak, sedia mendengar keluh kesah masyarakat di kawasan DUN Jepak sekali gus dapat menangani serta menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi penduduk.

Muhammad Syarafuddin dan Nur Syaffiyah melangsungkan akad nikah pada Jumaat.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan