ARTIKEL

Iskandar ditemani Timbalan Pengarah FAMA Sarawak, Greyston Peli melakukan perasmian Pasar Tani Jepak.

Pasar Tani Jepak Pacu Ekonomi Tempatan – Iskandar Turkee

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Penubuhan Pasar Tani Jepak diyakini mampu melonjakkan ekonomi komuniti luar bandar Jepak, selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang memberi fokus kepada pengukuhan sektor agromakanan dan keusahawanan.

ADUN Jepak, Iskandar Turkee, berkata pasar tani bukan sahaja menyediakan platform kepada petani dan usahawan kecil memasarkan produk secara terus kepada pengguna, malah memperkukuh agenda kerajaan negeri dalam membangunkan sektor pertanian moden dan inklusif.

Iskandar melancarkan program Jualan Agro Madani sempena perasmian Pasar Tani Jepak.

“Pasar Tani Jepak ini merupakan manifestasi PCDS 2030 di peringkat komuniti kerana ia memberi ruang kepada usahawan tani meningkatkan pendapatan serta membantu rakyat menikmati barangan segar dengan harga berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pasar berkenaan di pekarangan pasar bersebelahan Giat MARA Jepak pada Sabtu.

Iskandar bersama Timbalan Pengarah FAMA Sarawak, Greyston Peli meninjau aktiviti jualan di Pasar Tani Jepak.

Menurutnya, FAMA sentiasa memainkan peranan sebagai penghubung utama antara pengeluar dengan pengguna, sekali gus memastikan hasil pertanian segar dapat dipasarkan dengan lebih meluas, terjamin kualitinya dan mampu dimiliki oleh setiap golongan masyarakat.

Pasar Tani Jepak yang beroperasi setiap Sabtu dan Ahad dari 6 pagi hingga 1 tengah hari itu disertai seramai 23 usahawan aktif melibatkan kategori sayur-sayuran, buah-buahan, makanan, minuman dan industri asas tani (IAT).

Iskandar bersama Timbalan Pengarah FAMA Sarawak, Greyston Peli meninjau aktiviti jualan di Pasar Tani Jepak.

Sempena pelancaran pasar tani berkenaan, Program Jualan Agro Madani turut dianjurkan dengan menawarkan barangan asas pada harga rendah termasuk 300 set kombo bernilai RM15 setiap set, ayam segar pada harga RM8 sekilogram dan sebagainya.

Tegas Iskandar lagi, beliau komited untuk terus menyokong penganjuran pasar tani kerana platform itu terbukti berkesan dalam membantu golongan petani serta pengguna.

“Saya menyeru agar para usahawan Jepak meningkatkan mutu produk dan terus memanfaatkan peluang yang ada. Dengan sokongan padu semua pihak, saya yakin Pasar Tani Jepak akan berkembang menjadi salah satu tarikan utama di Bintulu,” katanya.

BERITA LAIN

15 syarikat berminat labur di taman perabot Kuching

KUCHING: Walaupun masih pada peringkat perancangan, projek pembangunan taman perabot di Kuching menarik minat 15 syarikat untuk melabur, sekali gus memperlihatkan potensi pertumbuhan sektor pembuatan

BERITA TERBARU

Polis Sarawak sedia hadapi banjir dan PRU Sarawak ke-13

BINTULU: Polis Sarawak sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk bencana banjir, serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)