Pastikan negatif Covid-19 jika mahu balik rumah panjang

SIBU: Seramai 28 penduduk Rumah Berendam Selia di Ulu Durin Kiba dekat sini dikesan positif Covid-19 pada Sabtu, jelas Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee ketika ditemui di sini, semalam.

“Rumah Berendam di Ulu Durin Kiba menjadi rumah panjang terbaharu di Sibu yang merekodkan 28 kes positif yang disahkan daripada jumlah keseluruhan 79 kes yang dicatatkan di bahagian Sibu semalam.

“Difahamkan 28 kes yang disahkan positif Covid-19 itu daripada 89 sampel calitan yang telah di kumpul dari Rumah Berendam,” katanya yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Rentetan itu, beliau percaya salah seorang daripada penduduk rumah panjang tersebut membawa virus itu kembali ke rumah panjang itu.

“Saya akan berbincang dengan Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun sama ada untuk mengenakan sekatan pergerakan ke atas rumah panjang tersebut atau membawa 61 penduduknya yang masih tinggal ke pusat kuarantin.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak hari ini 07 Mac 2021

Suara Sarawak