ARTIKEL

Ali Rahman bercakap kepada Suara Sarawak.

Pasukan hoki lelaki perlu lebih pendedahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengurus Pasukan Hoki Lelaki Sarawak Ali Rahman Hassan berharap pemain akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan, walaupun selepas tamat Sukan Malaysia ke-21 (SUKMA XXI) 2024.

Beliau berkata, ia susulan atlet-atlet hoki mempunyai potensi untuk melangkah lebih jauh memandangkan sepanjang latihan atau kejohanan, banyak perkembangan positif ditonjolkan oleh mereka.

“Namun, untuk penambahbaikan berterusan, mereka perlu bersaing di luar Sarawak. Ini kerana, jika mereka hanya bertanding di dalam negeri, ia tidak mencukupi.

“Jadi saya berharap pihak berkaitan seperti Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Persatuan Hoki Sarawak dapat membantu mereka,” katanya kepada Suara Sarawak selepas tamat perlawanan antara Sarawak dan Selangor di Stadium Hoki di Padungan di sini, tengah hari tadi.

Sementara itu kata Ali, temasya SUKMA bukan sahaja penting untuk pendedahan dalam kalangan pemain, malah penting untuk mereka mampu menangani tekanan ketika bertanding.

“Pemain-pemain ini berumur antara 17 dan 21 tahun, jadi mereka masih agak muda.

“Maksudnya, di sebalik kemahiran mereka, kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana tewas disebabkan tekanan hebat untuk bersaing dalam kejohanan berprestij seperti SUKMA ini.

“Dan itulah sebabnya selepas SUKMA, kita perlu menghantar pasukan ke pelbagai kejohanan di luar negeri untuk penambahbaikan secara berterusan,” tambahnya.

Beliau juga mengakui hoki pada zaman moden tidak sama berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Ini kerana gaya hoki moden sangat berbeza, dari segi kemahiran, kepantasan dan lain-lain. Jadi kita perlu terus bergerak ke hadapan,” tambahnya.

Untuk SUKMA akan datang yang dijadual diadakan pada 2027 di Selangor, beliau berharap ketua jurulatih, Dangerouslee Mathew kekal bersama pasukan Sarawak.

Ini kerana ujar beliau, Dangerouslee dapat membantu meningkatkan kemahiran pasukan menerusi bimbingannya.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU