ARTIKEL

Pasangan Malaysia Adani Raihan dan Audrey Wen Si Teng, memberikan segala usaha ketika beraksi di gelanggang.

Pasukan Tenis Malaysia tewas kepada Korea Selatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Malaysia tumpas di gelanggang sendiri selepas ditewaskan Korea Selatan 3-0 dalam aksi perlawanan kumpulan B pada Kejohanan Tenis Remaja Dunia ITF kelayakan akhir Asia-Oceania B14 kategori wanita di gelanggang Sarawak Lawn Tennis Association (SLTA) Centre, hari ini.

Audrey memacu bola dengan kuat menghantar bola tenis melambung tinggi.

Dalam aksi kategori perseorangan kedua, Malaysia yang diwakili Amanda Wen En Teng berdepan cabaran sengit daripada pemain Korea Selatan Seohyeon Kim yang meraih mata kemenangan 6-0,6-1.

Manakala, aksi perseorangan pertama, Yerin Lim berjaya menguasai permainan sekali gus menumpaskan Adani Raihan Muhammad Azhari dengan kutipan mata 6-2, 6-3.

Yerin Lee dari Korea Selatan menghantar pukulan kuat ketika dia melepaskan hantaran bola tenis.

Korea Selatan menamatkan saingannya dalam acara beregu apabila Seohyeon Kim- Yerin Lee menggabungkan kehebatan mereka dalam mengatasi pemain Malaysia yang diwakili Audrey Wen Si Teng-Adani Raihan Muhammad Azhari 3-0.

Kemenangan Korea Selatan mengesahkan negara itu disenaraikan ditangga kelapan kejohanan.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU