ARTIKEL

PATI berisiko bawa masuk Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sudah tiba masanya operasi mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati) secara besarbesaran, termasuk mereka yang mempunyai visa tamat tempoh, tetapi masih berada di negara ini.

Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan Antarabangsa Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican berkata, sempadan negara termasuk laluan tikus perlu dikawal ketat untuk mencegah masalah kemasukan Pati sama ada dari jalan darat mahupun laut.

“Hal ini kerana penularan pandemik Covid-19 di negara jiran kita masih berada pada tahap bahaya. “Kemasukan mereka dibimbangi akan membawa bersama wabak penyakit ini, yang boleh merebak kepada masyarakat kita ini,” katanya menerusi satu kenyataan baru-baru ini.

Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican (baju putih)

Beliau berkata, nama Pati yang berjaya ditangkap harus diletak dalam senarai hitam, dan proses penghantaran termasuk kos makan dan minum harus ditanggung negara asal mereka.

Dr Mustapha berkata, masyarakat pula perlu menyalurkan maklumat kepada kerajaan jika mengetahui mana-mana Pati bersembunyi atau berada di kawasan mereka untuk tindakan segera.

Jelasnya lagi, kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri penting melalui PDRM, ATM, Rela, Imigresen, Maritim dan sebagainya bagi mengesan Pati di dalam negara ini.

Majikan pula tegasnya, perlu mengutamakan anak tempatan mengisi peluang pekerjaan.

“Rakyat tempatan pula jangan memilih pekerjaan, sebaliknya mengambil peluang itu sebagai pengalaman sebelum memilih kerjaya pada masa akan datang,” tambahnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan