ARTIKEL

PBB Balingian mulakan strategi awal hadapi PRU Sarawak Ke-13

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Balingian memberi tumpuan kepada penyusunan strategi, pemantapan jentera dan penyelarasan gerak kerja lebih awal bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi PBB Sarawak merangkap Ketua Cawangan PBB Balingian, Dr Abdul Yakub Arbi, berkata persediaan rapi perlu dilaksanakan secara terancang dan berkesan, bukan hanya bergantung kepada usaha pada saat akhir.

Yakub ketika mempengerusikan mesyuarat itu.

“Kejayaan pilihan raya bergantung kepada persediaan awal, disiplin organisasi, kesepaduan kepimpinan serta komitmen berterusan setiap jentera di semua peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Khas Penyelarasan Persediaan Pilihan Raya PBB Sarawak Cawangan Balingian di Grand Ballroom 2, Hotel Kingwood Resort, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata setiap peringkat kepimpinan dan jentera perlu bergerak sebagai satu pasukan dengan mengutamakan kerjasama serta mengelakkan sebarang perbezaan yang boleh menjejaskan kekuatan organisasi.

Dalam aspek perancangan, katanya, parti perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan di setiap kawasan, menyemak kesiapsiagaan jentera serta memperkemas pangkalan data pengundi.

Selain itu, setiap tugasan perlu disertakan perancangan dan pemantauan yang jelas bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

“Usaha mendekati rakyat perlu diperkukuh menerusi komunikasi berkesan, selain sentiasa mendengar suara dan memahami keperluan serta permasalahan masyarakat.

“Pendekatan berhemah, berintegriti dan dekat dengan masyarakat perlu menjadi keutamaan dalam usaha memastikan hubungan antara parti dengan rakyat terus terpelihara,” ujarnya.

Sehubungan itu, kesiapsiagaan petugas dan logistik juga perlu diberi perhatian, termasuk penyelarasan pusat operasi, pengangkutan, komunikasi, dokumentasi serta keperluan lain sepanjang tempoh pilihan raya.

Jelasnya, semua keperluan berkenaan perlu dikenal pasti dan diselaraskan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kelemahan ketika pilihan raya berlangsung.

Dalam pada itu, Yakub mengingatkan supaya setiap perancangan dan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu diterjemahkan kepada tindakan, lengkap dengan penetapan pihak bertanggungjawab, tempoh pelaksanaan serta mekanisme pemantauan.

“Kepimpinan dan jentera perlu bergerak lebih awal, bekerja secara tersusun serta sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan menjelang PRU ini.

“Saya berharap mesyuarat ini menjadi titik permulaan kepada gerak kerja yang lebih mantap dan berkesan, berteraskan kesatuan, disiplin serta kesungguhan setiap anggota dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab,” tambahnya.

Antara yang hadir pada mesyuarat itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

‘Yang mana kaca, yang mana intan’ – Abdul Karim

ASAJAYA: Pengundi diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan imbuhan atau layanan istimewa calon yang bertanding, sebaliknya menggunakan pertimbangan rasional semasa menentukan pilihan pada PRU Sarawak