ARTIKEL

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi | BERNAMA

PBB belum putuskan calon PRK DUN Jepak – Alexander Nanta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) belum lagi memutuskan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Setiausaha Agung PBB, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata penentuan calon akan dibuat dalam mesyuarat parti itu dalam masa terdekat.

“Ada beberapa calon sesuai akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti tetapi calon masih belum ada lagi, PBB masih belum bermesyuarat lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Kompleks Dewan Bedah, ICU dan Wad Tambahan di Hospital Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap Kerajaan Perpaduan dapat memberikan sokongan untuk membantu PBB mempertahankan kerusi berkenaan.

“Tidak menjadi masalah untuk berganding bahu dengan Kerajaan Perpaduan sebab kita sudah bersama walaupun di peringkat persekutuan. Untuk persefahaman kita, saya harap akan juga ditunjukkan di PRK DUN Jepak nanti.

“Secara demokrasi mereka (Kerajaan Perpaduan) boleh pergi juga sertai berkempen kerana kempen dibuat secara terbuka, tiada siapa boleh melarang.

“Kalau kita mengamalkan semangat setia kawan dalam Kerajaan Perpaduan, mungkin PBB boleh mengharapkan supaya kerusi Jepak yang sebelum ini milik PBB tidak diganggu,” katanya.

Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK bagi kerusi DUN Jepak pada 4 November depan, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal pada 21 Oktober dan 31 Oktober.

PRK DUN Jepak perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lepas.

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU

Lelaki separuh bogel ganggu pelajar ditahan polis

MIRI: Seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun terpaksa melarikan diri ke rumah kenalan berhampiran selepas diekori lelaki separuh bogel yang didakwa mengganggunya secara seksual