ARTIKEL

Foto Facebook PBK

PBK sokong kenyataan Nanta utamakan rakyat Sarawak, tidak mudah urus pelarian perang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mempunyai tanggungjawab untuk menjaga dan menguruskan rakyatnya sendiri berbanding menerima pelarian yang dikhuatiri boleh menyebabkan masalah pada masa hadapan.

Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan berkata, bukan mudah untuk menyediakan tempat perlindungan serta memberi makanan kepada pelarian khususnya kepada mangsa perang.

“Sarawak adalah milik rakyat Sarawak. Kita perlu menjaga rakyat miskin kita sendiri dan tiada sebab untuk menerima pelarian di negeri ini.

“Malah, bukan mudah untuk memberi makanan dan penginapan kepada pelarian tersebut dan kita tidak seharusnya memikul tanggungjawab menampung mereka di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian menyokong kenyataan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Sri Alexander Nanta Linggi, bahawa menghulurkan sumbangan dalam bentuk kewangan dan bekalan penting kepada mangsa perang lebih selamat, berbanding menerima pelarian peperangan di negeri ini.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan dengan mempunyai kuasa berkaitan hal ehwal imigresen di bawah Akta Imigresen, Kerajaan Sarawak tidak seharusnya membenarkan warga asing termasuk Palestin dan Israel yang sedang menghadapi peperangan mencari perlindungan di negeri ini.

“Suka saya mengingatkan bahawa Sarawak bukan tempat pembuangan masalah. Kami telah melihat cukup banyak masalah di Borneo dengan adanya pendatang asing dan pendatang tanpa izin. Mereka menyebabkan banyak masalah kepada kami.

“Justeru, amat mengecewakan apabila Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh tidak peka terhadap hak rakyat Sarawak dalam melindungi tanah mereka dan beliau sepatutnya memohon maaf kepada kita.

“Selain itu, kita tidak mengalu-alukan parti-parti politik Semenanjung untuk mencampuri hal ehwal rakyat negeri ini, khususnya berkaitan imigresen dan membenarkan warga asing mencari perlindungan di sini,” tegasnya.

Terdahulu pada Isnin, Nanta menegaskan Sarawak tidak perlu menerima pelarian terutama dari negara peperangan kerana kerajaan seharusnya mesti memfokus kepada pembangunan sosioekonomi untuk manfaat serta kemakmuran rakyatnya sendiri.

Ujarnya, kita hanyalah sebuah negara yang kecil dan tidak boleh dibebani oleh pelarian. Masih ramai rakyat kita yang miskin, yang memerlukan perhatian dan penjagaan penuh.

Sementara Muhamad Akmal menggesa Nanta untuk membuat permohonan maaf terbuka dan menarik balik kenyataannya yang menolak idea untuk menerima pelarian Palestin ke Sarawak.

Kata Muhamad Akmal, kenyataan itu bercanggah sama sekali dengan aspirasi yang dibawa oleh Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri yang berada di Persidangan Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menegaskan kedudukan dan solidariti Malaysia terhadap Palestin.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan