ARTIKEL

Pearly-Thinaah bangkit dari ketinggalan 3-12, mara ke final Terbuka Perancis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

lKUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, mara ke final Terbuka Perancis 2026 di Paris selepas bangkit daripada ketinggalan 3-12 untuk menewaskan pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi.

Pasangan pilihan kedua itu menang 21-17, 22-20 dalam tempoh 47 minit pada separuh akhir di Arena Grand Paris, sekali gus menjadikan rekod pertemuan mereka 9-2 berpihak kepada Malaysia.

Dalam set kedua, Pearly-Thinaah merapatkan jurang mata, menyamakan kedudukan pada 18-18 dan 20-20, sebelum merampas kemenangan.

Di final kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 750 itu, mereka menunggu pemenang antara pilihan utama Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, dengan pasangan Indonesia, Rachel Allessya Rose-Febi Setianingrum seperti dilapor Bernama.

Selain itu, beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing, turut layak ke final selepas menang 21-13, 21-9 ke atas pasangan China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui, sementara Pearly-Thinaah mengejar gelaran ketiga musim ini selepas menjuarai Masters Indonesia dan Terbuka Denmark.

BERITA LAIN

Singapura siasat 10 syarikat berkait jerebu

SINGAPURA: Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura mengeluarkan notis kepada 10 syarikat berdaftar di Singapura yang menjalankan perniagaan minyak kelapa sawit dan perhutanan bagi mendapatkan

4.63 juta rakyat M’sia terima manfaat

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 4.63 juta rakyat mendapat manfaat daripada 3,344 siri Jualan Agro MADANI Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang diadakan di seluruh negara bermula

BERITA TERBARU

PH umum 21 calon dalam PRN Melaka

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) malam ini mengumumkan 21 calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan. Senarai tersebut diumumkan Pengerusi PH yang juga