ARTIKEL

Gambar hiasan

Pecah amanah berjumlah RM21,700, pesakit kanser diperintahkan berkelakuan baik selama tiga tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang bekas juruwang kanan wanita bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan jaminan RM10,000 (tanpa deposit) beserta seorang penjamin tempatan, kerana melakukan pecah amanah wang tambah nilai berjumlah RM21,700 milik sebuah pasar raya terkemuka.

Hakim Afidah Abdul Rahman memerintahkan demikian terhadap Ivy Estivia Lita, 34, merupakan seorang pesakit kanser kolon tahap empat, mengikut budi bicara Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah di akhir kes pembelaan hari ini.

Semasa menyampaikan hukuman hari ini, Afidah mengambil kira kesihatan tertuduh yang perlu menjalani rawatan kemoterapi secara berkala.

Beliau mengambil kira tertuduh yang perlu menghadiri janji temu perubatan secara konsisten bagi memastikan rawatan berjalan lancar dan komplikasi kesihatan.

Selain itu, tertuduh hadir tanpa peguam, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia sukar untuk menguruskan kebersihan diri kerana masalah kesihatan.

Ivy memberitahu dia menjalani rawatan kemoterapi dua minggu sekali dan perlu menukar beg stoma dua kali seminggu.

Susulan itu, Ivy yang hadir ditemani suaminya, membawa semua dokumen berkaitan sebagai bukti dia perlu menjalani rawatan serta banyak janji temu perubatan.

Terdahulu, pada 10 Ogos 2023, Ivy mengaku tidak bersalah atas 16 pertuduhan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan pecah amanah wang bernilai RM21,700.

Dia melakukannya ketika bekerja sebagai juruwang kanan di sebuah pasar raya di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Ahmad Zaidi Adruce, pada 5 Januari sehingga 20 Februari 2023.

Ivy memilih untuk berdiam diri ketika kes dibicarakan sekali gus mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dan memerintahkan dia membela diri dan akhir sekali dijatuhkan hukuman hari ini.

Difahamkan, pegawai sumber manusia di premis tersebut menyedari terdapati salah guna duit syarikat dengan transaksi tambah nilai dalam satu kad keahlian di bawah nama tertuduh.

Hasil semakan melalui sistem syarikat mendapati tambah nilai itu digunakan untuk peribadi dan tanpa membuat sebarang pembayaran kepada syarikat.

Laporan polis dibuat oleh pengadu seterusnya membawa kepada penahanan tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan