ARTIKEL

PECAH REKOD 100 juta pengguna daftar THREADS dalam lima hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Hanya dalam tempoh lima hari, jumlah pengguna Threads mencecah 100 juta pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, mendedahkan prestasi aplikasi media sosial produk sebumbung dengan Instagram dan Facebook itu melalui akaun Threadsnya.

“Terima kasih kepada anda semua,” tulis Zuckerberg. Ketua Pegawai Eksekutif Instagram, Adam Mosseri turut berkongsi hal yang sama: “Saya masih tak percaya fakta itu.

Ini gila, dan saya masih tak dapat memahaminya,” kata Mosseri melalui akaun Threadsnya @ mosseri.

Selepas dilancarkan di 100 negara, sebanyak dua juta pengguna mendaftar akaun

Thread dalam masa dua jam.

Dalam tempoh empat jam, sebanyak lima juta pengguna mendaftar dan 10 juta pengguna mendaftar Threads dalam tujuh jam.

Keesokan harinya, platform mikrobloging itu melepasi 30 juta pengguna dalam masa sekitar 15 jam selepas dilancarkan.

Mengambil kira aplikasi itu belum lagi dilancarkan di Kesatuan Eropah, diramalkan bilangan pengguna terus berkembang.

Threads berupaya memintas rekod ChatGPT. ChatGPT keluaran OpenAI mencecah 10 juta pengguna aktif harian dalam masa 40 hari dan 100 juta pengguna bulanan dalam masa dua bulan ia dilancarkan.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU