ARTIKEL

Pegawai ATM disoal siasat kali kedua di SPRM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Seorang pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini hadir sekali lagi ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai bagi memberi keterangan berhubung satu kes rasuah.

Kenderaan yang membawa pegawai berkenaan, berusia lingkungan 60-an, memasuki bangunan SPRM kira-kira 10.10 pagi.

Difahamkan, kehadiran beliau hari ini merupakan kali kedua selepas keterangannya diambil selama kira-kira 13 jam semalam, bermula pukul 11 pagi.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa pegawai penyiasat masih memerlukan keterangan individu berkenaan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Azam dilaporkan berkata pegawai itu dibenarkan pulang pada tengah malam tadi, namun sesi rakaman keterangannya akan disambung hari ini.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU