ARTIKEL

Pegawai bank ditahan tunjuk isyarat lucah kepada polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank ditahan gara-gara menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ketika kenderaan dinaikinya diperiksa dalam sekatan jalan raya (SJR) di Persiaran Tropicana, Kota Damansara, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata dalam penugasan SJR kira-kira pukul 11.30 malam itu, pihaknya menahan sebuah kenderaan e-hailing yang dinaiki oleh suspek berusia 39 tahun untuk pemeriksaan.

“Semasa menjalankan pemeriksaan, suspek menunjukkan isyarat lucah (jari tengah) dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis yang bertugas serta tidak memberikan kerjasama.

“Suspek juga bertindak agresif, dan ia memaksa polis melakukan tindakan kekerasan yang minima semasa melaksanakan tangkapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek ditahan reman tiga hari dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugas.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil