ARTIKEL

Pegawai polis disyaki rogol wanita Mongolia didakwa hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR:  Seorang pegawai polis, yang ditahan kerana disyaki merogol dua wanita warga Mongolia, akan didakwa di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pegawai polis itu akan didakwa di Mahkamah Klang, Selangor mengikut Seksyen 13 (f) Atipsom 2007, dan bagi kesalahan rogol, pihaknya masuk menunggu arahan lanjut.

“Polis telah menerima arahan untuk menuduh suspek di bawah Atipsom. Bagi kertas siasatan di bawah Seksyen 376 atas kesalahan rogol, polis masih menunggu arahan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari semalam.

Pada 15 April, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata polis membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan kes pegawai polis merogol dua wanita warga Mongolia.

Huzir berkata dua kertas siasatan dibuka atas kesalahan rogol serta di bawah Atipsom 2007.

Sebelum ini, Bernama melaporkan seorang anggota polis berpangkat Inspektor ditahan selepas disyaki merogol dua wanita Mongolia di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 11 April lepas.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan selepas polis menyelamatkan mangsa, yang masing-masing berusia 20 dan 37 tahun, di hotel berkenaan.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi