ARTIKEL

Kredit: Bernama

Pekerja maut terjatuh dari perancah tujuh meter

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Seorang pekerja maut selepas terjatuh dari perancah setinggi kira-kira tujuh meter ketika menjalankan kerja merombak perancah di sebuah tapak pembinaan di Bayan Lepas, Jumaat lepas.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang memaklumkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 1.30 tengah hari ketika mangsa menuruni perancah untuk berehat dan makan tengah hari.

Mangsa terjatuh ke lantai dari ketinggian kira-kira tujuh meter dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP), namun disahkan meninggal dunia.

Susulan kejadian, JKKP Pulau Pinang mengeluarkan Arahan Menghentikan Aktiviti Kerja serta Larangan Kacau Ganggu bagi memelihara kawasan kejadian dan memastikan siasatan berjalan lancar.

Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan keterangan majikan dan saksi bagi mengenal pasti punca kemalangan serta tahap pematuhan terhadap perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, mengikut Seksyen 15, Seksyen 18A dan Seksyen 18B Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] serta peraturan berkaitan seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di