Trending

Pelajar IPT positif dadah dicekup polis di Mukah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MUKAH: Seorang pelajar lelaki berusia 23 tahun direman beberapa hari kerana positif dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau menjelaskan, bahaaa Isnin lalu pada jam 9.35 pagi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) telah membuat pemeriksaan ke atas rumah suspek yang terletak di Jalan Bestari di sini.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah, pihak kita tidak menjumpai apa-apa dadah yang diambil, namun setelah kita bawa suspek ke IPD Mukah dan saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

“Setelah itu, suspek direman selama empat hari sehingga 10 Ogos ini untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Jelasnya lagi suspek kini merupakan salah seorang pelajar tahun tiga jurusan Sains Pertanian, dari Universiti Putra Malaysia Cawangan Bintulu.

Suspek disiasat dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Guru pemacu impian Sarawak

KUCHING: Guru berperanan penting dalam memastikan Sarawak berupaya merealisasikan impian

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru