ARTIKEL

Pelajar Jatuh Dari Asrama Di Sabak Bernam: Pihak Sekolah Antara Dipanggil Beri Keterangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Petugas sekolah antara pihak yang telah dipanggil polis bagi dirakam keterangan berhubung kes seorang pelajar Tingkatan Tiga terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata siasatan masih dijalankan dengan beberapa keterangan telah diambil melibatkan pelbagai pihak. 

“Rakaman percakapan telah diambil termasuk daripada pihak sekolah,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Semalam, polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.

Shazeli dilaporkan berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan siasatan dijalankan dari pelbagai sudut. — BERNAMA 

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU