ARTIKEL

Foto: IPD Jeli

Pelajar PhD UMK maut selepas kereta terjunam ke dalam tasik kampus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Seorang pelajar Doktor Falsafah (PhD) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) maut manakala rakannya cedera selepas kereta Perodua Axia yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam tasik di kampus universiti itu, di Jeli petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang, mangsa, Muhammad Amidee Abdullah, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya berjaya keluar menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Kamarulzaman Harun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada 6.35 petang sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta berkenaan yang dipandu mangsa melalui selekoh dan menuruni bukit di dalam kawasan kampus itu sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke dalam tasik.

“Bedah siasat akan dijalankan di Bahagian Forensik Hospital Jeli dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, UMK dalam kenyataan malam ini memaklumkan Allahyarham Muhammad Amidee berasal dari Kampung Manal Jaya, Tanah Merah dan merupakan mahasiswa pascasiswazah di Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi.

“Pada masa ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan UMK sedang memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam proses siasatan itu.

“UMK merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. UMK turut menyediakan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga Allahyarham bagi membantu mereka menghadapi saat-saat sukar ini,” menurut kenyataan itu.– BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan