ARTIKEL

Pelaksanaan undi 18 tanggungjawab SPR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR SETAR: Sebarang perkembangan mengenai undi 18 perlu datang daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelaksanaan dasar itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan UndangUndang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, ini kerana perkara itu yang melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan telah diluluskan oleh Parlimen. “Kerajaan dahulu telahpun membuat pindaan terhadap Artikel 47 dan Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan dan 

bila telah dipinda perkara itu terpaksa diambil tindakan oleh SPR. “SPR bukan urusan kerajaan walaupun ia adalah jabatan kerajaan, tetapi ia adalah suruhanjaya bebas,” katanya kepada selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin, di sini.

Usia minimum mengundi rakyat Malaysia direndahkan kepada 18 tahun berbanding 21 sebelum ini selepas Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 dan seterusnya oleh Dewan Negara pada 25 Julai 2019. Sementara itu, Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa SPR  mengeluarkan kenyataan tegas berhubung pelaksanaan undi 18 tanpa dipengaruhi oleh manamana pemimpin politik.

Presiden Parti Warisan Sabah itu turut menuntut SPR mengadakan lebih banyak libat urus dengan semua pemegang taruh termasuk parti politik pembangkang dalam menjayakan undi 18 tersebut.

“Sebarang penangguhan dalam proses ini pastinya akan menjejaskan angin anak muda untuk turut sama terlibat dalam pemulihan sistem demokrasi dalam negara kita,” katanya dalam satu kenyataan. – Bernama 

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan