ARTIKEL

Pelancongan sukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARAWAK pernah dipilih sebagai antara enam lokasi Kejohanan Bola sepak Piala Dunia Remaja FIFA 1997, ketika Malaysia diberi hak tuan rumah.

Ketika itulah ‘berdirinya’ Stadium Sarawak di Petra Jaya, yang menelan belanja sekitar RM120 juta, dan mampu menampung 40,000 penonton.

Tiga gergasi dunia, Brazil, Argentina dan Perancis turut beraksi di Kuching. Trio Perancis, Thierry Henry, David Trezeguet dan Nicholas Anelka, antara yang menjadi tumpuan media antarabangsa dari serata dunia.

Setahun kemudian (1998), Henry dan Trezeguet membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998, dan menjulang trofi Euro 2000. Mereka mengukir nama di Sarawak.

Sejak itu, Sarawak tidak asing dalam kalangan penggiat sukan antarabangsa apabila saban tahun menjadi tuan rumah Kejohanan Tenis ITF Dunia Peringkat Usia hingga kini.

Walaupun ia tidak sehebat Piala Dunia Remaja FIFA, namun ia mampu menarik lebih 30 negara dan lebih 100 atlet menyertainya.

Setelah beberapa edisi, ramai atlet, jurulatih dan pegawai begitu teruja untuk ke Sarawak.

Mereka mengetahui kehebatan Bumi Kenyalang yang kaya alam semula jadi, daripada rakan-rakan, dan pelbagai informasi terkini di alam maya.

Malah Sarawak juga menjadi lokasi strategik acara sukan global seperti Triatlon, Ironman mahupun Maraton Sarawak.

Turut diadakan ialah Kejohanan Silat Dunia Piala Premier, Tenpin Boling Antarabangsa Sarawak, Kejohanan Boling, Kejohanan Tenpin Remaja Dunia, Persidangan Asia Pasifik Analisis Prestasi Psikologi Sukan dan Kejohanan Badminton Sedunia 2023.

Penganjurannya membantu membangunkan pelbagai aspek termasuk strategi serta kemahiran pentadbiran dan pengurusan pemain, jurulatih, pengurus dan persatuan sukan.

Ia juga selaras dengan inisiatif pelancongan sukan seperti yang ditubuhkan dalam Pelan Tindakan dan Pelaksanaan (PCDS) bagi meningkatkan jumlah kehadiran pelancong.

Di samping itu, kita juga berupaya membina asas yang lebih besar dalam mengetengahkan bakat baharu dan meningkatkan kualiti prestasi atlet, serta peluang kepada penduduk tempatan menyaksikan acara antarabangsa.

Malah penganjuran program berkaitan seperti persidangan, bengkel, seminar dan lain–lain juga mampu meningkatkan pengetahuan serta membentuk sikap positif dalam kalangan pengamal sukan Sarawak.

Menjadi tuan rumah acara sukan, sama ada antarabangsa atau peringkat nasional merupakan salah satu strategi untuk meningkatkan sektor pelancongan di negeri ini, yang semakin berkembang baik, selepas lebih dua tahun diancam wabak Covid-19.

Industri pelancongan sukan berkembang pesat sejak beberapa tahun yang lalu.

Pada 2016 misalnya, ia mencecah USD $1.41 trilion dan sepatutnya meningkat kepada sekitar USD $5.72 trilion pada 2021. Namun pandemik di seluruh dunia menyebabkan ia merudum.

Pelancongan sukan menjadi “sub” yang cukup popular dalam sektor pelancongan sejak dua dekad.

Kejayaan menganjurkan persidangan dunia dalam pelancongan sukan di Barcelona, Sepanyol pada 2001 menjadi perintis terhadap perhatian yang serius dan liputan meluas pada tahun keberikutnya.

Malah sejak awal 1990-an, pelancongan dan sukan wujud dalam dua ruang aktiviti yang berasingan.

Dalam tempoh itu, kebanyakan sarjana, pembuat keputusan dan pihak kerajaan yang terlibat dalam bidang pelancongan dan sukan melihat keuntungan bagi kedua-dua sektor ini secara terpisah, namun manfaatnya jauh lebih besar.

Di Malaysia, kejayaan menganjurkan Le Tour de Langkawi pada 1996 menjadi perintis kepada tumpuan kerajaan terhadap pembangunan sektor pelancongan sukan.

Malaysia semakin dikenali dengan penganjuran beberapa sukan global, seperti Royal Langkawi International Regata (Januari), Ironman Triathlon (Februari), Formula 1 Grand Prix Malaysia (Mac), Piala Dunia Showjumping FEI (Mei), Perlumbaan Petronas Primax 3 Merdeka Millineum Endurance (Julai), Super GT (Ogos), Grand Prix Motosikal Malaysia (September), A1GP Malaysia (November) dan Piala Monsun (Disember).

Semuanya membawa pulangan lumayan kepada masyarakat dan negara. Sukan memiliki kelebihan sebagai produk pelancongan kerana tempoh penganjurannya dalam beberapa hari, mendapat liputan media, sama ada cetak mahupun elektronik secara meluas, menerima tajaan daripada pelbagai syarikat multinasional dan domestik.

Ia juga membuka peluang penduduk tempatan menjalankan perniagaan dalam tempoh kejohanan berlangsung.

Misalnya, kejayaan penganjuran Sukan Komanwel 98 yang melibatkan 6,000 orang atlet dan pegawai, 2,500 buah syarikat media cetak dan 500 juta penonton siaran langsung menerusi televisyen di seluruh dunia.

Perlumbaan Piala Monsun di Pulau Duyung, Terengganu pula merekodkan ketibaan pelancong seramai 81,000 orang dengan nilai media kasar mencecah RM217.6 juta.

Dengan ledakan teknologi, memudahkan lagi urusan penganjur mahupun penonton, walaupun pada masa yang sama mendapat saingan daripada pelbagai program lain dari serata dunia.

Oleh itu, Sarawak bukan sekadar fokus sukan antarabangsa, tetapi juga sukan peringkat nasional.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak teragak-agak untuk menyahut seruan sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024, setelah Kelantan menarik diri.

Daftar di sini : https://bit.ly/3E50Wx4

Dalam konteks ini, Sarawak bukan sahaja mengambil peluang untuk merampas semula kejuaraan yang kali terakhir pada 1992, tetapi juga sebagai platform, untuk mengukukan reputasi sebagai negeri yang harus dikunjungi, dan sebagai destinasi ‘perkampungan sukan’ yang mempunyai pelbagai kemudahan, menepati piawaian nasional mahupun antarabangsa.

Pada masa yang sama, Sarawak menyahut seruan, Kerajaan Perpaduan, dengan mengukuhkan ikatan integrasi melalui sukan.

Kerana itulah Sarawak menjadikan sukan sebagai antara agenda penting dalam merangka negeri maju menjelang 2030, setelah melahirkan beberapa atlet bertaraf dunia yang berjaya.

Misalnya, Pandelela Rinong, Buda Anchah dan Bonnie Bunyau Gustin.

Malah Sarawak pernah melahirkan jaguh kebanggaan negara, era 90-an seperti Watson Nyambek, Sapok Biki, dan Bobby Pian.

Sarawak juga mempunyai atlet Olimpik, Bala Ditta atau Kuda Ditta sekitar era 60-an, mahupun Allahyarham Bujang Taha, yang menjadi idola Buda Anchah.

Pada masa yang sama Sarawak juga sentiasa membangunkan pelbagai kemudahan.

Sebolehbolehnya setiap daerah mempunyai kompleks sukan yang dilengkapi stadium, manakala semua daerah kecil dibina gelanggang sukan atau stadium mini bagi meningkatkan keupayaan mencungkil bakat jaguh sukan negeri ini.

Bagi daerah yang sudah memiliki kompleks sukan, kerja menaik taraf akan dilaksanakan bagi memastikan ia bersesuaian dengan kemudahan sukan ketika ini.

Kerajaan Sarawak serius membangunkan sukan dan mencungkil bakat muda untuk mewakili negeri dan negara hingga ke peringkat Olimpik seperti yang telah dibuktikan beberapa anak Sarawak yang berjaya mengharumkan nama Malaysia sebelum ini.

“Sebab itu Kerajaan Sarawak membuat pelaburan besar untuk membina kemudahan sukan di negeri ini,” kata Abang Johari.

BERITA LAIN

Makna Hari Sarawak

PENGISYTIHARAN 22 Julai yang diraikan sebagai Hari Sarawak telah mencetuskan pelbagai tafsiran, malah kontroversi. Namun dengan mengetepikan pelbagai tafsiran dan kontroversi itu, kita perlu mengakui hakikat bahawa

Skrin berwarna biru

LAYAR komputer yang menggunakan sistem Windows di banyak negara, tiba-tiba down sehingga tampil “berwarna biru” atau mengalami Blue Screen of Death (BSOD). Hal ini menyebabkan

Terima kasih sahabat sejati

ARSENAL, Manchester United dan Liverpool antara kelab bola sepak yang digemari penulis dan rakan sekerja lain. Walaupun berbeza minat, namun kami tetap meneruskan kehidupan sebagai

Cemburu dan cinta

KEMATIAN Nur Farah Kartini Abdulllah, 25 tahun, yang baru menamatkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris — digambarkan oleh pensyarahnya sebagai bakal guru hebat yang

Yamal, Euro dan England

LAMINE Yamal baru berusia 16 tahun ketika sepak mula Kejohanan Bola Sepak Euro 2024 di Jerman pada 14 Jun lalu dan umurnya menginjak 17 tahun

Hardi, Sakri dan 10 tahun tragedi MH17

HARI ini, genap 10 tahun peristiwa tragis pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 ditembak jatuh peluru berpandu BUK di timur Ukraine. Peristiwa malang itu, dipercayai berlaku

BERITA TERBARU