Peluang bakat baharu cerah

PENCARIAN atlet Sukma Sarawak untuk sukan elektronik bakal dibincangkan dengan lebih lanjut oleh Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dengan Majlis Sukan Negara (MSN).

Presiden Persatuan Sukan Elektronik Sarawak (Sesa) Afiq Fadhli Narawi berkata, beliau telah berbincang dengan Pengarah SSC Dr Ong Kong Swee mengenai kebenaran untuk mencari bakat baharu bagi mewakili Sarawak ke Sukma 2022.

“Dr Ong Kong Swee memberitahu bahawa perkara tersebut akan dibincangkan dengan lebih lanjut dengan MSN selepas selesai mesyuarat Jawatankuasa Khas Sukma 2022 mengenai tarikh penting pendaftaran atlet bawah 21 tahun.

“Ini bermakna peluang bagi bakat baharu di bawah 21 tahun yang belum disenarai masih cerah,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Tambah Afiq, pnganjuran kejohanan MYSS E-Football Pes21 Stay At Home dapat dijadikan platform untuk mencungkil bakat baharu yang amat berkesan kerana ia lebih kurang sama dengan Sukma 2022 nanti.

Jelasnya, Sesa akan terus bekerjasama dengan SSC untuk pembangunan atlet sukan elektronik seperti memberi latihan dan pendedahan yang terbaik bagi atlet yang terpilih kelak.

Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa
mereka perlu mencari bakat baharu yang dapat menguasai permainan versi baharu dan terus melatih atlet sedia ada.

“Pencarian atlet baharu merangkumi permainan Pro Evolution Soccer (Pes), Mobile Legend dan Dota 2,” ujarnya.

Suara Sarawak