ARTIKEL

Pemain industri kreatif dinasihatkan dapatkan pembiayaan daripada kementerian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemain industri kreatif digalakkan mendapatkan pembiayaan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan.

Timbalan Menterinya Datuk Sebastian Ting berkata, kementerian telah menerima dana kemudahan daripada Premier Sarawak berjumlah RM10 juta pada tahun lepas.

Menurutnya, kementerian telah meluluskan dan memberi peruntukan RM4.65 juta kepada pelbagai jenis program di bawah industri kreatif termasuk penerbitan buku dari April hingga Disember 2022,

“Untuk tahun ini, kita masih ada RM5.35 juta dan sehingga seminggu lalu, terdapat lapan permohonan yang telah diluluskan dan kita telah memberikan sejumlah RM350,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Sidang Media Program Pameran Buku Pustaka 2023 di Bangunan Baitul Makmur 2, di sini, hari ini.

Dengan adanya dana itu, beliau menggalakkan penulis buku dan pemain industri kreatif memohon dana tersebut.

“Pergi ke laman web kami dan lihat kategori yang sesuai dengan apa yang anda lakukan di bawah industri kreatif. Selepas itu, dekati kami dan mohon dana tersebut.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU