ARTIKEL

Pemain, pegawai dikuarantin 14 hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SKUAD Kuching FA termasuk pegawai dan jurulatih menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di kediaman masing-masing setelah salah seorang pemain mereka disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

Penolong Jurulatih Mohd Sharizan Sahari berkata, kesemua yang terlibat telah mengambil ujian swab Covid-19 di Klinik Kesihatan Petra Jaya kelmarin.

“Untuk ujian swab ahli keluarga belum lagi, kecuali ada pemain lain yang positif virus berkenaan. “Sekarang, kami hanya menjalankan ujian swab Covid-19 untuk yang berhubung rapat dengan pemain,” katanya kepada Suara Sarawak.

Katanya, pihaknya mendoakan supaya semua pemain, jurulatih dan pegawai terhindar daripada virus berkenaan.

Menurutnya, keputusan ujian swab Covid-19 akan diketahui dalam tempoh tiga hingga empat hari dan pemain akan menjalani ujian saringan kali kedua pada 5 Ogos depan.

Dalam kenyataan rasmi di media sosial Kuching FA kelmarin, skuad tersebut mengesahkan bahawa salah seorang pemain mereka yang merupakan petugas di Hospital Kota Sentosa positif Covid-19 dan diklasifikasikan sebagai Kluster Sentosa.

Pasukan itu juga mengambil langkah drastik dengan menghentikan segala latihan buat sementara waktu dan mengikut garis panduan dan arahan daripada pihak berkuasa demi keselamatan pemain dan orang awam.

Selain itu, skuad tersebut menegaskan bahawa mereka sentiasa menekankan pematuhan setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam aktiviti latihan harian pasukan.

Pemain telah menjalani latihan di padang sejak sebulan yang lepas bagi membuat persediaan ke aksi Liga Premier 2020 yang bakal disambung semula pada 26 Ogos.

BERITA LAIN

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia meneruskan kemaraan dalam Terbuka Australia dengan bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain Jepun

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu