ARTIKEL

Kredit : Fb JOHOR Southern Tigers

Pemain Tengah Sepanyol Teto Martin Sertai JDT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan pasukannya dengan mengumumkan kehadiran pemain tengah Sepanyol Alberto Martin Diaz, dalam persediaan menghadapi musim baharu.

Pemain berusia 23 tahun yang lebih dikenali sebagai Teto Martin itu diperkenalkan menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

“Pemain tengah muda Sepanyol kami. Selamat datang ke Johor Darul Ta’zim FC, Teto!,” menurut kelab itu menerusi hantaran lewat malam tadi 

Teto akan menyarung jersi nombor 20 bersama skuad Harimau Selatan. 

Sebelum ini pemain muda itu bersama sebuah kelab Sepanyal, CD Tenerife selama 14 tahun dengan 98 penampilan rasmi dan menjaringkan enam gol. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan