ARTIKEL

PDRM

Pemandu lori lari dari sekatan jalan, ditahan polis selepas dikejar sejauh 50 km

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JEMPOL, Negeri Sembilan: Seorang pemandu lori, yang lari daripada sekatan jalan raya dan dikejar sejauh 50 kilometer, telah diberkas polis semalam, kata Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook.

Beliau berkata, pada kejadian itu polis terpaksa melepaskan 10 das tembakan ke bahagian tayar lori yang dipandu lelaki berusia 21 tahun itu, di Kilometer 9, Jalan Bahau-Kemayan.

“Ketika kejadian, sebuah lori yang dipandu suspek secara tiba-tiba membuat pusingan U di garisan berkembar sehingga menyebabkan berlaku kemalangan dengan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berumur 40 tahun.

“Pemandu itu juga telah memandu secara merbahaya dan beberapa kali menghimpit motosikal ditunggang seorang anggota polis trafik ke laluan bertentangan dan hampir melanggar anggota tersebut serta pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hoo berkata anggota polis tersebut terpaksa melepaskan das tembakan ke bahagian tayar lori terbabit supaya suspek memberhentikan kenderaan tersebut.

“Suspek terus melarikan diri dalam keadaan tayar pecah. Bagaimanapun dengan bantuan kereta peronda MPV, lelaki itu ditangkap di dalam kawasan ladang sawit,” katanya.

Beliau berkata suspek dibawa ke IPD Jempol bagi siasatan lanjut, dan didapati positif methamphetamine.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -BERNAMA

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA