ARTIKEL

Pemandu selamat, kereta dipandu terbabas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun mengalami detik cemas selepas kenderaan dipandunya terbabas di bahu raya berhampiran kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Similajau, sekitar jam 11.51 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa ketika kejadian hanya seorang diri dalam keadaan tidak tersepit.

“Pasukan bomba bertindak memasang kolar serviks bagi menstabilkan mangsa sebelum mengeluarkan mangsa di bahagian tempat duduk pemandu.

“Setelah selesai, mangsa diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan untuk tujuan menyelamat.

Operasi seterusnya ditamatkan sejurus mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan ambulan.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU