ARTIKEL

Dr. Ripin menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil peserta pada Program Next Gen Leaders: Be The Leader, Unlock Your Future di Sri Aman hari ini. Foto: OSMAN RAZALI

Pembangunan infrastruktur pemangkin pertumbuhan ekonomi di Lingga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Golongan muda di Lingga disaran bersedia merebut peluang yang bakal terhasil daripada pelaksanaan pelbagai projek pembangunan, khususnya dengan siapnya projek jambatan yang kini giat dilaksanakan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr. Ripin Lamat berkata pembangunan infrastruktur bukan sekadar fizikal, sebaliknya perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat.

Menurutnya, generasi muda perlu melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran serta sikap proaktif agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan yang semakin pesat.

Dr. Ripin menyampaikan cenderahati kepada penceramah, Dr Nur Aida Kipli pada Program Next Gen Leaders: Be The Leader, Unlock Your Future di Sri Aman hari ini. Foto: OSMAN RAZALI

“Jangan kita hanya menjadi pemerhati apabila projek besar seperti pembinaan jambatan siap kelak, antaranya Jambatan Batang Lupar 1 dan 2.

“Sebaliknya, kita harus bersedia menjadi pemain utama yang mampu merebut peluang ekonomi yang akan terhasil. Inilah peluang belia di Lingga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Next Gen Leaders: Be The Leader, Unlock Your Future di Sri Aman hari ini.

Tambah beliau, projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan bakal membuka ruang luas dalam pelbagai sektor termasuk perniagaan, pelancongan dan perkhidmatan.

“Ini adalah masa terbaik untuk golongan muda mempersiapkan diri dengan meningkatkan kemahiran, menceburi bidang keusahawanan serta berani mencuba perkara baharu agar tidak hanya bergantung kepada peluang pekerjaan semata-mata.

“Kita bukan sahaja perlu berfikir di luar kotak dan di luar Lingga, tetapi juga berani bertindak di luar kebiasaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan pembangunan modal insan sebagai asas kepada kejayaan jangka panjang sesebuah kawasan.

Katanya, program seperti Next Gen Leaders mampu membentuk generasi muda yang berdaya saing, berkeyakinan tinggi serta mempunyai ciri kepimpinan yang kukuh.

“Kerajaan sentiasa komited memperkasa golongan belia melalui pelbagai inisiatif dan program pembangunan diri supaya mereka mampu menjadi peneraju masa depan negara.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor yang merealisasikan program ini. Saya percaya ia boleh diperluaskan pada skala lebih besar dengan sokongan kementerian.

“Malah, saya berhasrat membawa program seumpamanya ke kawasan saya di Lambir,” tambahnya.

Program yang disertai 100 pelajar daripada empat sekolah sekitar Sri Aman itu dianjurkan rakan strategik Sijil Profesional dalam Kepimpinan Kontemporari (PCCL) dengan kerjasama Pejabat Daerah Sri Aman, Pusat Khidmat ADUN Lingga serta Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Lingga.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU