ARTIKEL

Fadillah menyampaikan baucar bantuan kepada wakil pelajar bagi kawasan Petra Jaya.

Pembinaan kanal mampu atasi masalah banjir di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Proses reka bentuk bagi pembinaan kanal dari Sungai Sarawak ke Sungai Salak dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kanal ini bertujuan menyalurkan air dari Sungai Sarawak ke Sungai Salak sekiranya air pasang, sekali gus menjadi penyelesaian masalah banjir di Kuching.

Menurutnya, tender akan dibuka setelah siap proses reka bentuk, kemudian disusuli kerja pembinaan yang dijangka bermula tahun hadapan.

“Perancangan ini membolehkan saliran air dipecah kepada dua bahagian dan tidak tertumpu ke Sungai Sarawak sahaja,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Baucar Bantuan ‘Back2School’ Parlimen P.194 Petra Jaya di Dewan Malaysia Jaya di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Fadillah menyampaikan baucar bantuan berjumlah RM115,000 kepada 1,150 orang pelajar di sekitar kawasan Petra Jaya.

GEMBIRA… para pelajar yang menerima bantuan daripada Pusat Khidmat Petra Jaya.

BERITA LAIN

15 syarikat berminat labur di taman perabot Kuching

KUCHING: Walaupun masih pada peringkat perancangan, projek pembangunan taman perabot di Kuching menarik minat 15 syarikat untuk melabur, sekali gus memperlihatkan potensi pertumbuhan sektor pembuatan

BERITA TERBARU

Polis Sarawak sedia hadapi banjir dan PRU Sarawak ke-13

BINTULU: Polis Sarawak sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk bencana banjir, serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)