ARTIKEL

OPERASI…Sekitar Operasi Bersepadu dan Ops Gempur Pemandu Warga Asing di sepanjang Jalan Kelupu-Gemuan, di sini, semalam.

Pemeriksaan 27 individu dalam ops bersepadu di Bintangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Tiada tangkapan dibuat dalam Operasi Bersepadu dan Ops Gempur Pemandu Warga Asing di sepanjang Jalan Kelupu-Gemuan di sini, semalam.

Menurut jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, operasi yang digerakkan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu memberi tumpuan kepada pemeriksaan serta pemantauan pematuhan undang-undang dalam kalangan pengguna jalan raya.

“Operasi yang bermula jam 8 pagi itu membabitkan 20 anggota penguat kuasa, terdiri daripada tujuh anggota JPJ, tujuh anggota PDRM dan enam anggota JIM Sarikei,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, kata jurucakap berkenaan, seramai 27 individu diperiksa sepanjang operasi berkenaan, membabitkan 24 warganegara Malaysia dan tiga warga asing terdiri daripada dua lelaki serta seorang perempuan.

Hasil pemeriksaan, katanya, tiada tangkapan dibuat dan tiada laporan polis direkodkan.

“Operasi itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan agensi penguat kuasa bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa, selain memperkukuh kerjasama antara agensi dalam aspek penguatkuasaan dan keselamatan awam.

“Operasi penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi berkaitan akan terus diperkasakan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta kepentingan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke