ARTIKEL

Pemilu pusingan 2: Kilicdaroglu tekad singkir Erdogan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NKARA: Diramalkan kalah teruk menentang pesaing terdekatnya Kemal Kilicdaroglu, ternyata Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan terus unggul teratas pada pusingan pertama pilihan raya umum berlangsung 14 Mei lepas.

Erdogan unggul mengutip 49.5 peratus undi mendahului 2.6 juta suara.

Manakala, Kilicdaroglu mendapat 44.92 peratus undi.

Kedua-dua calon bertarung memasuki pusingan kedua pada 28 Mei ini.

Mara sekali lagi, Kilicdaroglu yang diramal bakal menjadi Presiden Turkiye, yakin mampu menyingkirkan Erdogan memetik CNN.

Kelompok Pakatan Rakyat diketuai Erdogan setakat ini berjaya mendapat kerusi majoriti Parlimen dengan meraih 321 daripada 600 kerusi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan