ARTIKEL

Foo menunjukkan video air yang surut di beberapa bahagian Hat Yai, Songkhla.

Pemindahan Mangsa Banjir di Hat Yai Perlahan Akibat Arus Deras

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 199 rakyat Malaysia, termasuk beberapa orang dari Sarawak, terperangkap di Hat Yai akibat banjir sejak beberapa hari lalu dan terpaksa mendapatkan bantuan segera daripada Biro Pengaduan Awam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Ketua Biro Pengaduan Awam SUPP, Milton Foo berkata, panggilan dan mesej kecemasan mula membanjiri pejabatnya apabila paras air di Hat Yai meningkat mendadak, memutuskan bekalan elektrik, air dan akses jalan ke hotel yang menempatkan rakyat Malaysia.

“Saya telah menerima mesej daripada 199 rakyat Malaysia setakat ini, termasuk dari Sarawak, Johor dan negeri lain.

“Beberapa rakyat Sarawak berasal dari Kuching, Sri Aman dan Kota Samarahan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SUPP.

Foo menjelaskan, hari ini sudah memasuki hari kelima mangsa banjir terperangkap di hotel tanpa sebarang bekalan air bersih, makanan dan elektrik.

“Beberapa mangsa, terutama warga emas, kehabisan ubat dan telefon habis bateri menyebabkan keluarga di Sarawak terputus hubungan.

“Oleh itu, kami sedaya upaya membantu dari jauh dan bekerjasama dengan sukarelawan Malaysia di Hat Yai,” ujarnya.

Beliau menambah, sukarelawan dan pihak berkuasa tempatan berjaya menghantar makanan menggunakan jet ski dan peralatan menyelamat lain.

“Pemindahan perlahan akibat arus deras dan sumber terhad. Namun, paras air di beberapa bahagian mula surut membolehkan sebahagian rakyat Malaysia tiba di pusat pemindahan di Central Hatyai.

“Beberapa daripada mereka hanya membawa dokumen penting kerana saya menasihati mereka mengutamakan keselamatan,” jelasnya.

Senarai rakyat Malaysia yang terperangkap telah disahkan, dan diserahkan kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla serta pejabat Kementerian Luar Negeri Sarawak untuk mengkoordinasi pemindahan.

“Saya menyeru agar mekanisme respons rasmi diwujudkan bagi menghadapi bencana alam di negara jiran yang kerap dikunjungi rakyat Malaysia.

“Badan bukan kerajaan dan sukarelawan melakukan yang terbaik tetapi kita juga perlu pasukan profesional sendiri semasa kecemasan,” tegasnya.

Tegasnya, beliau akan terus memantau perkembangan dan memastikan keluarga dimaklumkan apabila rakyat Malaysia mendapat semula akses telefon atau tiba di lokasi selamat.

BERITA LAIN

Sarawak terus prihatin kebajikan rakyat

MUKAH: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak terus memainkan peranan penting dalam membantu rakyat yang memerlukan menerusi pelbagai skim bantuan bulanan, bencana serta rawatan perubatan. Menteri

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan