ARTIKEL

Pempengaruh media sosial kreatif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEHIDUPAN seharian manusia pada alaf moden ini seolah-olah tidak dapat lari daripada media sosial. Buka sahaja mata selepas bangun tidur, pasti ada yang menggapai telefon pintar dahulu untuk mendapatkan perkhabaran terkini, baik dalam negara mahupun luar negara. Begitu juga ketika makan, ketika waktu rehat bekerja malah sebelum tidur, manusia dan telefon pintar mereka berpisah tiada.

Ini kerana media sosial menawarkan pelbagai jenis kandungan yang dimuat naik, sama ada dalam bentuk artikel ringkas, siniar (podcast), muzik mahupun video. Malah, ia menjadi medan untuk manusia berkongsi dan bertukar pandangan, melontar idea serta kritikan dan jika tidak dikawal akan bertukar menjadi konflik. Selain itu, media sosial juga melahirkan selebriti dan pempengaruh (influencer) baik dari TikTok, Youtube, Twitch, Facebook mahupun Twitter. Mereka mempunyai peminat kerana kandungan yang dimuat naik menepati cita rasa, hobi, bersifat ilmiah mahupun berinformasi.

Mengambil contoh individu berjaya kerana media sosial iaitu Justin Bieber yang bakatnya dikesan menerusi Youtube. Penyanyi dari Ontario, Kanada itu mempunyai 12 album, menjadi artis pertama dalam sejarah memiliki lima album nombor satu di Amerika Syarikat (AS) ketika berusia 18 tahun. Kini mencecah usia 29 tahun, Justin telah menjual kira-kira 150 juta rekod di serata dunia serta memenangi pelbagai anugerah. Selain itu, seorang pempengaruh terkenal iaitu Mr Beast juga antara selebriti media sosial yang berjaya.

Beliau baru-baru ini tular apabila membantu 1,000 orang hampir hilang penglihatan dan buta untuk melihat semula. Mr Beast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson bermula di Youtube pada umur 13 tahun dan mencipta pelbagai kandungan seperti membuat ulasan kekayaan penggiat Youtube yang lain dan permainan video. Pendapatan yang diperoleh daripada media sosial, Mr Beast gunakan untuk membantu individu yang kurang bernasib baik.

Pempengaruh tempatan juga tidak kurang hebatnya dalam mempamerkan kreativiti dalam kandungan mereka. Tidak dinafikan bahawa media sosial merupakan cara baharu untuk menjana pendapatan dan platform yang membantu ke arah kebaikan mahupun menonjol bakat yang ada pada diri sendiri.

Namun begitu, ada pempengaruh yang mengambil cara singkat untuk meraih pendapatan seperti kandungan yang tidak mendapatkan manfaat. Mengambil contoh, kandungan murahan seperti bergaduh, bergurau tidak kena tempat serta memekik di kawasan awam hanya kerana mahu tular dan mendapat perhatian. Walaupun perangai jelik dipertontonkan kepada orang ramai, individu tersebut tetap mendapat sokongan.

Malah mereka juga tidak endah kepada teguran yang diberikan oleh pengguna media sosial yang tidak bersetuju dengan sikap mereka. Tanpa mereka sedari, kelakuan mereka dijadikan teladan oleh peminat mereka lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil yang belum pandai menilai baik dan buruk. Justeru, media sosial sebagai platform yang dicipta untuk memudahkan penggunanya baik dari segi mencari ilmu dan pendapatan harus digunakan sebaiknya. Jadikan Mr Beast misalnya sebagai contoh yang membuat kandungan yang membina dan membantu masyarakat.

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

Lanesix cipta sejarah, julang Piala Tunku 2026

KUCHING: Lanesix FC dinobatkan sebagai juara Piala Tunku 2026 selepas menewaskan Holdfast FC 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Padang KDFA, semalam.