ARTIKEL

FOTO FB Penang Football Club

Penang FC tamat rentetan kecewa, mara ke suku akhir dengan penuh keyakinan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Kejayaan Penang FC mara ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Melaka FC 3-0 pada perlawanan kedua Pusingan 16 di Stadium Bandaraya malam tadi menjadi tonik berharga buat skuad Harimau Kumbang untuk bangkit daripada rentetan keputusan mengecewakan dalam saingan liga.

Ketua jurulatih Wan Rohaimi Wan Ismail mengakui moral pasukan sebelum ini terjejas akibat beberapa kekalahan berturut-turut dalam saingan liga, namun kemenangan semalam menyuntik semula keyakinan kepada barisan pemain.

“Memang ada tekanan kerana kita gagal memuaskan pihak pengurusan. Selepas perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) tempoh hari, kami telah melakukan post-mortem besar-besaran dan seluruh pasukan berjanji untuk membuktikan kemampuan sebenar.

“Janji itu ditunaikan malam ini dan kita menewaskan Melaka FC sekali gus diharap menjadi titik kebangkitan Penang FC. Saya juga harap kita dapat buang nasib malang dan terus melangkah ke hadapan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan tamat.

Pengendali berusia 49 tahun itu berkata cabaran bermain di bawah tekanan bukan sesuatu yang mudah kerana boleh menyebabkan pemain melakukan lebih banyak kesilapan, termasuk dalam kalangan pemain berpengalaman.

Justeru, beliau mahu semua pemain mengekalkan konsistensi dan momentum seterusnya memberikan keputusan positif pada perlawanan menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) pada 4 Okt depan.

Sementara itu, pengendali Melaka FC K. Devan berkata ketiadaan pemain di bahagian serangan akibat kecederaan telah merencatkan persiapan pasukan dan diterjemahkan dengan keputusan malam ini.

Meskipun perancangan asal adalah untuk mendapatkan gol awal tetapi nasib tidak memihak kepada mereka.

“Apabila Penang FC menjaringkan gol dahulu ia memberikan kelebihan tiga mata kepada mereka dan semestinya itu menyukarkan laluan kita,” katanya.

Perlawanan malam tadi menyaksikan Penang FC mengesahkan slot ke suku akhir Piala FA menerusi kelebihan agregat 5-0. – BERNAMA

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah