Penantian lebih 30 tahun untuk miliki Mykad berakhir

BINTULU:  Penantian dua warga emas lebih 30 tahun untuk memiliki MyKad berakhir apabila menerima dokumen pengenalan diri itu daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Bahagian Bintulu hari ini.

Kegembiraan terserlah pada wajah Lembang Anak Bulie, 50, dan adik perempuan bongsunya, Nerita Gelingi Anak Bulie,49, ketika menerima dokumen penting itu daripada Pegawai Pendaftaran Negara Bahagian Bintulu, Ali Hassan di Jabatan Pendaftaran Negara Bahagian Bintulu, di sini.

Lembang, ketika ditemui memberitahu, sebelum ini saya terpaksa bergantung kepada kad pengenalan sementara berwarna hijau sahaja untuk bergerak.

Menurutnya, walaupun dilahir dan dibesarkan di Malaysia, beliau tidak memiliki MyKad berwarna biru

“Bimbang berlaku kesulitan kemudian hari, saya memohon dokumen pengenalan diri.

Lembang dan adik perempuan bongsunya, Nerita menunjukkan MyKad berwarna biru yang diterima mereka daripada Jabatan Pendaftaran Negara Bahagian Bintulu.

“Usaha saya berdepan kesukaran kerana tidak respon daripada pihak berkaitan sebelum ini.

Lembang berkata, Januari lalu, anak lelakinya, Albert Anak Lembang memutuskan untuk mendapatkan bantuan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Sri Tiong King Sing sambil menambah menerusi bantuan Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu itu, Steven Kong Kai Seng, beliau kembali membuat permohonan kad pengenalan baharu

Beliau(Steven), kemudiannya, merujuk permohonan kepada Pegawai Pendaftaran Negara Bahagian Bintulu untuk tindakan lanjut.

Syukur, hari ini saya menerima kad pengenalan berwarna biru yang selama ini saya perjuangkan.

Dengan adanya kad pengenalan ini mudah untuk saya melakukan pelbagai urusan termasuk untuk ke luar negara,” katanya tanpa henti menzahirkan rasa terima kasih kepada Ali dan Steven.

Suara Sarawak