ARTIKEL

Abang Subordie Abang Zaini (berdiri tengah) bergambar bersama pemain selesai klinik berkenaan.

Pencarian bakat baharu di Betong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak kerana memilih Bahagian Betong sebagai lokasi bagi menjayakan Siri Jelajah Klinik Bola Sepak Rentap Dan Pencarian Bakat 2024.

Menurut Abang Suhordie, program tiga hari itu (23-25 Februari), yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong, selain dijayakan bersama pelatih NFDP Sarawak turut disertai 40 pelatih dari Akademi Bola Sepak GMP Betong.

“Ini kali pertama program seumpama ini dilaksanakan di Bahagian Betong, kita ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak NFDP Sarawak atas komitmen mereka,” ujar Abang Suhordie ketika mengulas mengenai perkara itu.

Katanya, penganjuran program untuk peringkat umur bermula bawah tujuh hingga 12 tahun itu jelas memperlihatkan objektif NFDP Sarawak dan BDFA yang berada pada landasan sama, iaitu pencarian bakat baharu.

Dengan kata lain, ia merupakan langkah yang amat tepat dalam mengenal pasti pemain pelapis pada peringkat akar umbi.

Abang Suhordie menambah, ia adalah perancangan pihak BDFA untuk mengetengah bakat pemain muda pada peringkat umur berkenaan hingga ke tahap lebih membanggakan.

Kerjasama pihaknya dengan NFDP Sarawak mengelola klinik berkenaan diharap akan menjadi batu loncatan bagi pemain kelahiran Bahagian Betong yang diserap sebagai pelatih di NDFP Sarawak nanti selain di Sekolah Sukan Negeri Sarawak (SSNS).

Katanya, klinik tiga hari itu dikendali oleh jurulatih berpengalaman yang dibantu beberapa barisan jurulatih muda dari Bahagian Betong.

Terdahulu Abang Suhordie turut mengucap terima kasih kepada para ibu bapa pelatih terlibat.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) itu turut menyatakan, pihak BDFA akan terus memperkasakan program pembangunan seumpama itu.

Usaha ke arah itu adalah antara aktiviti yang terkandung di dalam takwim badan induk berkenaan sepanjang tahun.

BERITA LAIN

Sze Fei-Nur Izzudin tewas di final BAC 2024

KUALA LUMPUR: Hasrat beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bergelar juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 tidak kesampaian selepas tewas di pentas final

Muhammad Azeem, rakan ungguli 4X100 meter di Florida

KUALA LUMPUR: Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, terus menampilkan larian bertenaga untuk membantu kuartet 4×100 meter (m) lelaki Universiti Auburn meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga

Joe Ee mungkin beraksi disiplin gelung di Tashkent

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022, Ng Joe Ee berkemungkinan beraksi dalam disiplin gelung pada Kejohanan Gimnastik Berirama ke-15 di Tashkent, Uzbekistan, dari 2 hingga

Darwin Nunez ‘hilang arah’ di Liverpool

KEUPAYAAN penyerang Liverpool, Darwin Nunez, selalu dibahaskan di Anfield tetapi beliau sering bejaya menghasilkan jaringan bagi kelab Merseyside itu. Ketika membahaskan kekalahan 3-0 Liverpool di

Pecahkan dominasi JDT musim ini – Azman Adnan

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak Selangor, Azman Adnan, meletakkan harapan supaya pasukan lain mampu memberi tentangan terus-menerus kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang musim baharu

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap