ARTIKEL

Pencarian MH370 disambung semula pada akhir tahun ini – Loke

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG: Kerajaan Malaysia mencapai persetujuan dengan Ocean Infinity (United Kingdom) untuk menyambung semula pencarian bangkai pesawat bagi penerbangan milik Malaysia Airlines yang hilang pada 2014.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata perjanjian berhubung perkara itu dimeterai minggu lepas.


Beliau juga mengesahkan bahawa operasi pencarian itu buat masa ini dihentikan atas alasan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan ia dijangka disambung semula pada hujung tahun ini.


Loke berkata demikian pada sidang media semalam selepas menyambut ketibaan penerbangan pertama British Airways ke Malaysia setelah lima tahun tidak beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.


Beliau mengulas pengumuman pencarian bangkai pesawat malang itu telah ditangguhkan hingga musim panas akan datang di Hemisfera Selatan yang dibuat oleh Persatuan Ahli Keluarga Penumpang dan Anak Kapal MH370.


Sebelum ini, kerajaan telah bersetuju dengan terma dan syarat perjanjian perkhidmatan Ocean Infinity atas prinsip no find, no fee.


Ini bermakna Kerajaan Malaysia hanya perlu membayar Ocean Infinity sebanyak USD70 juta jika bangkai pesawat itu berjaya ditemukan.


Syarikat robotik marin itu mengambil bahagian dalam operasi pencarian MH370 sejak Januari 2018 yang meliputi kawasan lebih 112,000 kilometer persegi di dasar laut selatan Lautan Hindi sebelum menghentikan misi pada 29 Mei tahun sama.
— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya