KUCHING: Sesi pencarian pemain bagi pembentukan skuad futsal lelaki untuk menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 akan bermula bulan Disember depan.
Ketua Jurulatih, Mohd. Faizal Zamri menegaskan, pihaknya merancang untuk memulakan proses mencari pemain berbakat bagi tujuan tersebut.
Menurut Faizal, tarikh belum dimuktamadkan tetapi ia akan diadakan pada musim cuti sekolah bulan Disember depan.
“Kita akan mengadakan sesi pemilihan untuk menyediakan senarai panjang pemain yang bakal menghimpunkan seramai 30 orang.
“Mungkin ia akan dilaksanakan pada musim cuti sekolah kelak,” ujar Faizal kepada Arena Suara Sarawak.
Beliau mengakui masih terdapat pemain yang mewakili Sarawak pada temasya Sukma 2024 lepas. Namun, pihak beliau perlu mencari pemain baharu untuk menambah jumlah sedia ada.
Katanya, pendekatan awal membentuk pasukan bagi menghadapi temasya berkenaan perlu dilaksanakan segera supaya memudahkan pihaknya merangka pelan susulan.
“Sesi pemilihan pemain akan diadakan di seluruh bahagian lain yang ada,” kata beliau.
Untuk rekod, skuad futsal lelaki berjaya meraih pingat perak pada Sukma 2024 yang berlangsung di Sarawak.

Empat legenda Sarawak meriahkan aksi Kupi Kupi FM Allstars
KUCHING: Empat bekas pemain bola sepak Sarawak bakal kembali beraksi di padang apabila Kupi Kupi FM Allstars menentang FINAS Borneo dalam perlawanan persahabatan di Cascara




