ARTIKEL

Foto: Unit SAR Lombok Timur | Bernama

Pendaki Malaysia yang terjatuh di Gunung Rinjani ditemukan meninggal dunia – Pihak Berkuasa Taman Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Pendaki warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh di laluan Banyu Urip, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat ditemui meninggal dunia oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia pada Ahad, menurut pihak taman negara.

Balai Taman Nasional Gunung Rinjani (BTNGR) memaklumkan pasukan SAR membawa keluar jenazah pendaki, yang dikenali dengan inisial, RAG, 57 tahun, dari bawah jurang sekitar 80 meter pukul 10.30 pagi waktu tempatan.

“Jenazah dibawa pasukan SAR sedang dalam perjalanan menuju ke pintu masuk pendakian Torean dan akan dibawa ke Hospital Polis (Bhayangkara) di Mataram untuk pengurusan jenazah,” kata BTNGR dalam satu kenyataan.

Berdasarkan maklumat daripada jurupandu dan rakan mangsa, insiden bermula sekitar pukul 11 pagi pada Sabtu apabila kumpulan pendaki berhenti untuk mengambil air minum di sumber mata air Banyu Urip, namun RAG terus berjalan dan tidak berhenti untuk berehat, kata pihak taman negara.

“Ketua kumpulan kemudian menyusul mangsa di laluan yang mempunyai tali susur tangan keselamatan untuk membantunya melintas namun mangsa enggan,” menurut kenyataan itu.

Semasa turun, BTNGR berkata mangsa tidak memegang tali susur tangan keselamatan di laluan itu dan pijakan kakinya meleset, menyebabkan mangsa hilang keseimbangan dan jatuh ke arah kanan di laluan pendakian.

RAG memulakan pendakian melalui laluan Sembalun pada 1 Mei bersama-sama kumpulan seramai 23 orang.
Pihak taman negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa. — Bernama

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu

Hamzah cadang agensi khas urus projek RTP

KUCHING: Sebuah agensi khas dicadangkan bagi menyelaras pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk mempercepat penyiapan projek pembangunan dan memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat. Ahli