ARTIKEL

Kredit: Marie Dashani | Bernama

Pendatang baharu Marie Dashani lihat bidang lakonan sebagai amanah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pendatang baharu dunia lakonan, Marie Dashani Matthews yang membuat kemunculan sulung menerusi filem cereka tempatan Irumbuth Thottam atau Ladang Besi, menyifatkan kehadirannya dalam filem itu bukan sekadar membina asas di layar perak.

Sebaliknya kata beliau, peranan yang dimainkannya dalam filem berunsur penyiasatan jenayah itu merupakan satu amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh pengarah Jaydev Jayakumar untuknya menyampaikan emosi dan moral cerita.

“Saya teruja apabila dihubungi oleh pembikin filem Karthik Shamalan yang memaklumkan penolong pengarah filem Jaydev bakal membuat debut sebagai pengarah dan ingin menawarkan satu peranan kepada saya.

“Pada masa sama, saya juga berasa gementar kerana bakal membawa watak berat, tetapi saya terbuka untuk belajar dan meneroka bagi merealisasikan impian berlakon,” katanya kepada Bernama.

Dalam Irumbuth Thottam, Marie memegang watak Janani, seorang guru sekolah Tamil, iaitu peranan yang dirasakan amat dekat dengan dirinya kerana beliau mempunyai pengalaman mengajar selama lebih 10 tahun, termasuk sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta.

“Watak itu memberi ruang kepada saya untuk benar-benar berlakon, menghubungkan diri dengan cerita dan berkembang sebagai seorang pelakon,” katanya yang turut membuat persiapan rapi sebelum penggambaran.

“Saya berlatih di rumah, melakonkan watak itu di depan Jaydev yang memberi maklum balas membina.

Malah, Jaydev banyak membimbing saya untuk memahami Janani dengan lebih mendalam,” tambahnya.

Merupakan usahawan, model serta pencipta kandungan, wanita muda ini menyifatkan peluang berlakon filem sebagai satu pengalaman yang memperkaya beliau kerana mengajarnya  tentang kesabaran, persediaan dan kepercayaan pada proses kreatif.

Sementara itu, filem tersebut yang menampilkan barisan pelakon merentasi kaum antaranya Irfan Zaini, Logavarman Stideran, Mohana Raj, Dhurgaashini, Vino Shan, Vijay Naidu, V. Kogila, Balan Kash, Kalaimamani KS Maniam, Datuk Geethanjali G dan Adli Hafidz, turut menyaksikan penampilan khas Timbalan Menteri Perpaduan Negara Yaneswaran Ramaraj menerusi watak kameo Tuan Deivigan.

Diterbitkan oleh AVLT Production dalam bahasa Tamil dan Melayu, filem berdurasi 114 minit itu mengisahkan pembunuhan seorang pelajar berusia 15 tahun dan siasatan polis yang membongkar rahsia tersembunyi dalam komuniti. Ia dijadualkan untuk tayangan di seluruh negara pada Mei depan. — Bernama

BERITA LAIN

Shuib Sepahtu tampil mohon maaf

PELAWAK Shuib Sepahtu mengambil tanggungjawab atas ketegangan yang berlaku antara dirinya dengan rakan seperjuangannya, Jep Sepahtu, apabila tampil memohon maaf secara terbuka selepas hampir seminggu

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke