ARTIKEL

Facebook Anthony Loke Siew Fook

Pendedahan hanya buktikan Tun Dr Mahathir tidak ikhlas bekerjasama dengan DAP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau hanya mempergunakan DAP untuk menjatuhkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2018, membuktikan bekas perdana menteri itu tidak pernah ikhlas bekerjasama dengan parti itu.


Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata perkara itu bertentangan dengan parti mereka, yang mahu bekerjasama dengan Dr Mahathir ketika itu bagi membawa pembaharuan kepada pentadbiran dan kemajuan Malaysia, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada Mei 2018.


Malah Loke memberitahu ketika itu, DAP juga berbincang secara panjang lebar dengan parti komponen PH untuk mendapatkan persetujuan tentang kerjasama berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU