ARTIKEL

Pendedahan STEM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEKUMPULAN murid tahun 4 dari Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan mengambil bahagian dalam program ‘Research Open Day 2024’ anjuran Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 30 Oktober lalu.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan berinformasi kepada para peserta.

Antara aktiviti yang disertai termasuklah pengenalan robotik dan teknologi cetakan 3D serta pengenalan kepada konsep Internet kebendaan (IoT).

Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk menyertai eksperimen sains seperti elektrokoagulasi — proses membersihkan air menggunakan tenaga elektrik.

Murid-murid turut mengambil bahagian dalam aktiviti pembinaan jambatan mini yang menguji kreativiti dan kemahiran kejuruteraan mereka.

Program ini juga menguji semangat kerjasama murid melalui cabaran menyusun cawan menggunakan tali.

Menurut pihak sekolah, program ini bukan sahaja memberi pendedahan yang luas kepada murid tentang STEM, tetapi juga membantu membina kemahiran berpasukan, penyelesaian masalah dan kreativiti dalam suasana yang menyeronokkan.

BERITA LAIN

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke

BERITA TERBARU