ARTIKEL

Pendekatan turun padang perkukuh hubungan pemimpin-rakyat di Matu


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU: Pendekatan turun padang bagi mendekati masyarakat akar umbi terus menjadi antara usaha memperkukuh hubungan pemimpin dengan rakyat, khususnya dalam menyokong agenda pembangunan di kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, menerusi Program Ramah Mesra Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta badan bukan kerajaan (NGO), ia membolehkan interaksi secara langsung bersama penduduk setempat.

“Pendekatan ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat, malah membuka ruang untuk memahami keperluan dan permasalahan yang dihadapi penduduk di peringkat akar umbi,” katanya selepas program tersebut.

RAKAM KENANGAN… Juanda merakam kenangan bersama-sama yang lain semasa program tersebut.

Program yang berlangsung selama tiga hari, dari 12 hingga 14 November itu memberi ruang kepada beliau untuk mendengar sendiri pandangan, keperluan serta aspirasi masyarakat di kawasan berkenaan.

Sepanjang kunjungan tersebut, Juanda menekankan kepentingan perpaduan, kerjasama serta hubungan erat antara pemimpin dengan masyarakat dalam memastikan agenda pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Beliau turut mengingatkan masyarakat agar bersama-sama menyokong pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030) bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh lapisan rakyat.

RAKAM KENANGAN… Juanda merakam kenangan bersama-sama yang lain semasa program tersebut.

Dalam pada itu, penduduk yang ditemui menyambut baik kunjungan berkenaan kerana memberi ruang kepada mereka untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan wakil rakyat serta menyuarakan pandangan berkaitan pembangunan kawasan.

Mereka turut menghargai usaha kerajaan Sarawak dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Terdahulu, Juanda mengunjungi Kampung Shariff Sekerang, Sekerang, Tengah, Pulau, Baru Ismail dan Baru Dagang di Igan.

Kunjungan diteruskan ke Kampung Loba Balu, Bertong, Pasar Baru dan Pasar Lama di Matu, sebelum melibatkan Kampung Dagang Sekaan, Muut, Masjid, Treng, Bawang dan Jemoreng.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Ahmad berpantun harap GPS cemerlang

KUCHING: Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menyuarakan harapan agar Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus mengekalkan kecemerlangan parti itu menerusi pantun yang