Pendidikan percuma peringkat universiti dan pusat pengajian tinggi milik kerajaan Sarawak untuk anak jati negeri itu dijangka dapat dilaksanakan pada 2026.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, unjuran pendapatan tahunan Sarawak yang terus menunjukkan peningkatan sejak 2020 memberikan keyakinan kepada beliau untuk menetapkan jangkaan itu dimulakan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) oleh Kerajaan Negeri.
“Saya boleh katakan 2026 (untuk menyediakan pendidikan universiti percuma) sebab saya congak-congak kekuatan ekonomi kita akan lebih kuat pada 2026,” katanya. Berita lanjut menyusul di https://suarasarawak.my/.



