ARTIKEL

Penduduk bantah bina tapak perkuburan, perumahan kos rendah di Segu Land District

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANTAH…Seramai 150 penduduk Kampung Mambong hadir ke Balai Raya untuk membantah cadangan pihak pemaju membina tapak perkuburan dan perumahan mampu milik di kawasan Segu Land District.

PADAWAN: Penduduk Kampung Mambong membantah cadangan pihak pemaju membina tapak perkuburan dan perumahan mampu milik di kawasan Segu Land District, di sini.

Jurucakap Kampung Mambong yang enggan didedahkan namanya berkata, kawasan tersebut merupakan tanah hak adat bumiputera yang dimiliki oleh nenek moyang mereka yang diusahakan sebelum penjajahan Jepun.

Malah katanya, sebahagian dari kawasan tersebut tersebut turut dimiliki oleh individu dari Kampung Mambong, Kampung Seratau, Kampung Sidanu dan Kampung Primas.

“Kawasan tersebut belum disukat oleh Jabatan Tanah dan Survei bagaimanapun telah didokumentasi di bawah inisiatif Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA).

“Ia juga dicadangkan untuk dijadikan tapak pembesaran kampung oleh penduduk dari Kampung Seratau, Kampung Primas dan Kampung Mambong pada masa akan datang,” katanya ditemui ketika mengadakan protes aman di Balai Raya Kampung Mambong, di sini hari ini.

Protes secara aman tersebut dihadiri seramai 150 orang penduduk bermula jam 10 pagi sebelum mereka bersurai pada jam 12 tengah hari.

Beliau memberitahu, terdapat pelbagai tapak perkuburan pelbagai agama di sepanjang Jalan Puncak Borneo, Batu 14 dan mereka merasakan tidak perlu tapak perkuburan dibina di kawasan tersebut.

“Projek yang dicadangkan tidak membawa manfaat dari segi ekonomi untuk kampung kami, tetapi hanya merosakkan alam sekitar kampung sekitar,” jelasnya.

Selain itu, katanya, cadangan membina perumahan mampu milik di kawasan tersebut dikhuatiri menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara penduduk kampung dan pembeli.

“Kami berpandangan kehadiran orang asing ini boleh menyebabkan perselisihan dalam kampung kami kerana mereka akan menceroboh kawasan tanah kami untuk mengutip hasil hutan dan merosakkan hasil tanaman kami.

“Ini akan menyebabkan gangguan dalam kejiranan kami maka kami membantah sekerasnya cadangan membina tapak perkuburan dan perumahan mampu milik di tanah kampung kami,” tegasnya.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

Sikap toleransi kunci perpaduan Sarawak

BALAI RINGIN: Sikap toleransi yang diamalkan oleh penduduk Sarawak merupakan kunci kepada perpaduan wilayah ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan