ARTIKEL

Abang Johari berucap pada Majlis Perasmian Program TVS Prihatin di Dewan Datuk Patinggi Ali di Gedong, hari ini

Penduduk Gedong bakal punyai dewan baharu seperti BCCK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEDONG: Bagi memberi keselesaan dan menambah baik kegunaannya, Dewan Datuk Patinggi Ali di sini akan dibina baharu dan dilengkapi dengan fasiliti moden setanding Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tender bagi projek pembinaan semula itu akan dibuka pada Januari 2024.

“Kita telah memutuskan untuk meroboh dewan sedia ada ini untuk membangunkan dewan serba baharu.

“Dewan baharu ini modelnya serupa Pusat Konvensyen Borneo Kuching, tetapi berskala kecil,” katanya.

Abang Johari yang juga ADUN Gedong berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program TVS Prihatin di Dewan Datuk Patinggi Ali di Gedong, hari ini.

“Kita sudah mempunyai lukisan atau rekaan seni bina dewan baharu itu. Insya Allah dalam masa 18 bulan, rakyat Gedong bakal mempunyai sebuah dewan yang tersergam indah dilengkapi dengan penghawa dingin serta pelbagai kemudahan moden.

“Tender akan dikeluarkan pada Januari depan dan bermakna keadaan fasiliti dewan ini kelak akan lebih kurang seperti BCCK,” ujarnya sambil memberitahu kos bina baharu dewan itu belum dapat diumumkan kerana merupakan projek yang di tender.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU