ARTIKEL

Penduduk lega, kerajaan naik taraf kemudahan rumah panjang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Penduduk Rumah Juliana Sungai Petai, di sini, lega apabila kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 untuk
naik taraf prasarana di kawasan penempatan itu.

Peruntukan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menambah baik jalan belakang rumah panjang selain mengatasi masalah perparitan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, projek berkenaan diseliakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Sarikei.

“Pelaksanaan projek RTP ini merupakan bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak dalam menyediakan kemudahan terbaik untuk rakyat,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke lokasi projek, semalam.

Sehubungan itu, Kuong Hiing berharap semua pihak memberikan kerjasama supaya projek tersebut berjalan lancar dan siap mengikut jadual ditetapkan.

“Saya juga ingin mengingatkan agensi pelaksana supaya sentiasa tegas memantau kerja-kerja yang dijalankan kontraktor.

“Kerajaan sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat dengan menyediakan dana besar melalui RTP untuk menaik taraf pelbagai infrastruktur asas terutama di kawasan rumah panjang,” ujarnya.

Kuong Hiing mengadakan lawatan tapak projek naik taraf prasarana Rumah Juliana Sungai Petai Bintangor.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan