ARTIKEL

Penerbangan 1,561 penumpang dibatal di Lapangan Terbang Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Sebanyak 12 penerbangan dibatalkan sejak 7.00 malam ini berikutan kerosakan lampu tepi landasan di Lapangan Terbang Sibu.

Daripada jumlah itu, 10 penerbangan adalah AirAsia dan dua lagi MasWings yang kesemuanya melibatkan 1,561 penumpang.

Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainuddin Abu Nasir berkata, kerosakan lampu itu dikesan kira-kira pukul 3.00 petang dan keputusan menutup landasan dari pukul 7.00 petang hingga 6.00 pagi keesokan hari adalah atas faktor keselamatan serta bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemulihan.

“Pasukan petugas telah berjaya membaik pulih sebahagian daripada lampu tepi landasan pada pukul 7.50 malam, kita terus membuka kembali landasan untuk pelepasan dan ketibaan. Namun pihak syarikat-syarikat penerbangan membuat keputusan menangguh penerbangan masing-masing sehingga esok.

“Sekarang kerja-kerja menstabilkan lampu tepi landasan yang sudah berjaya dibaikpulih itu dan keadaan akan kembali pulih sepenuhnya esok,” katanya kepada media di Lapangan Terbang Sibu malam ini.

Sebuah pesawat AirAsia bagi penerbangan Sibu-Kuala Lumpur telah berlepas kira-kira 6.00 petang sebelum penutupan landasan.

BERITA LAIN

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi

Fokus keperluan pendidikan luar bandar, kebajikan guru

JULAU: Sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 bagi membolehkan pihak sekolah mendapatkan televisyen pintar (Smart TV) bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

BERITA TERBARU

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada