ARTIKEL

DATUK PATINGGI TAN SRI ABANG JOHARI TUN OPENG berucap pada Majlis Penangguhan Regata Batang Kayan 2026. | Foto: Ramidi Subari

Penerbangan Kuching-Jakarta bermula Oktober

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Syarikat penerbangan Sarawak, AirBorneo bakal memperluas rangkaian penerbangannya ke Jakarta, Indonesia, pada Oktober ini, sekali gus mengukuhkan hubungan pelancongan antara kedua-dua destinasi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penerbangan terus dari Kuching ke Jakarta yang mengambil masa kira-kira satu jam 20 minit akan memudahkan kemasukan pelancong dari Indonesia ke Sarawak.

“Dan ini adalah satu pelan jangka panjang. Tidak lama lagi, pesawat kita akan bertambah bulan 10 (Oktober).

Kita akan pergi ke Jakarta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Regata Batang Kayan 2026 di Dataran Lundu, di sini, hari ini.

Sarawak turut menyaksikan peningkatan kunjungan pelancong dari Singapura yang memilih negeri ini bagi aktiviti memancing rekreasi.

Menurutnya, pelancong dari Singapura sanggup datang pada hujung minggu, menyewa bot dan bermalam selama dua hingga tiga malam bagi menjalankan aktiviti memancing sebelum pulang ke negara berkenaan.

Menurut Abang Johari, perkembangan itu menunjukkan aktiviti memancing berpotensi menjadi antara produk pelancongan yang boleh diketengahkan di Tanjung Datu.

Katanya, dengan akses penerbangan yang semakin luas serta tarikan semula jadi yang dimiliki Sarawak, sektor pelancongan di kawasan berkenaan berpotensi terus berkembang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU