ARTIKEL

Pengarah syarikat rugi RM829,705 termakan janji manis sindiket pelaburan tidak wujud

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KLUANG: Seorang peniaga yang juga pengarah sebuah syarikat perkakasan mengalami kerugian sebanyak RM829,705 setelah termakan janji manis sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun, pada mulanya terlihat iklan pelaburan tersebut di media sosial pada Mac lalu, yang menawarkan pulangan keuntungan yang tinggi.

Beliau berkata selepas berhubung dengan ‘ejen’ pelaburan terbabit, mangsa kemudiannya diminta untuk memuat turun aplikasi pelaburan bagi menyertai pelaburan itu.

“Susulan itu, antara 5 Jun hingga 9 Julai, mangsa telah membuat pembayaran ke dalam lima akaun bank yang berbeza secara berperingkat, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM829,705.

Mangsa mendapati keuntungan berjumlah RM4,669,065.25 ditunjukkan dalam aplikasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Bahrin berkata mangsa diberitahu bahawa beliau perlu membuat pembayaran tambahan bagi membolehkan pengeluaran keuntungan yang dinyatakan.

Beliau berkata setelah menyedari dirinya ditipu, mangsa telah membuat satu laporan polis pada Khamis, 10 Julai di Balai Polis Kluang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk